Monday, April 4, 2011

Tentang CINTA

Saya X menentang CINTA...kerna CINTA itu UNIVERSAL... yang mengekangnya hanyalah kita


pic credit to myself

Last Saturday, while I jogged with Nawwar (my housemate) near Tasik Ilham (tasik kat dalam UiTM Arau if u doesn’t know) I saw a couple sitting on a nearby gazebo... tegok punya tengok rupa2nya adelah two of my students... yang lelaki agak rapat ngan aku but yang pompuan itu bese2 aje

I was like...OMG...watdehek they are doing here???

When they saw me...beselah..yang pompuan tesengih2 ala ternampak pak imam, yang lelaki pulak terpaling2 purak2 tak nampak aku la kunun...malu la tu...cheesecake tul!!!

I do not mind them being a ‘couple’ or in love with each other but I do mind when they sit there together... far from everyone else’s view... I was very disappointed because after that we went to the sport complex and I jogged more around the track about 4 rounds before we head back home around 7:10pm. All those while...the couple just continued sitting there shamelessly...


pic credit to google

Aku tau itu hal peribadi dia, tapi still rasa bertanggungjawab menegur...tapi bila agak rapat maka teguran itu agak payah untuk dibuat kerna takut nak mengecilkan hati n buat dia bertambah malu (if rasa malu la...ke bangga??). alasan kedua adalah kerna sayang pada dia...berharap dapat menjadi pelajar yag ada jatidiri islam dalam dirinya..itu sahaja ok

Kenapa nak malu ngan aku?

I’m just another imperfect regular person...yang banyak khilafnya...sebaliknya if kita malu ngan Allah SWT ... insyaAllah kita akan sentiasa terjaga

Semalam masa bukak fesbuk kejap aku nampak dia post something like this:

ada apa ngan cinta...ce kabo sket” - Budak S - **aku xkomen pon (still dissapointed)

Aku pon xtau jawapannye sebab akupon salah sorg yg slalu bertanye: CINTA tu apa? ...Mana ko tau ko CINTA dia? ...n Kalo wat camtu, CINTA ke nama dia?... kalo tnye pendapat si artis..banyak je jawapan...


“They say all's fair
In love and war
But I won't need to fight it
We'll get it right and we'll be united” - M.Bublè; Just Haven’t Met U Yet-

è Dalam cinta sume adil/boleh?? Even bedosa pon xpa ke...

“Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
” -Hail Amir; Wajah Kesayangan Hamba-

è Cinta nan mesra?? Boleh?? Sblum nikah (okeh tapi lagu nih fave aku..)

“Save the night, save the day
Save your love, come what may
Love is worth everything we pay” -Marc Anthony; I Want To Spend My Lifetime Loving U-

è Cita adelah segala2nya?? Tu keluar pepatah Melayu: buang emak buang saudara..kerana kasih hamba turutkan... xpe ke camtu???


pic credit to google

Aku bukanlah org yg ditakdirkan tuk ber‘CINTA’ zaman belajar dolu2 n aku bersyukur sangat...pasal apa?

Aku ditakdirkn oleh Allah SWT untuk tidak melakukan dosa akibat any perbuatan semasa ber’CINTA’ maka aku tau Allah SWT sayang pada aku...dan itulah CINTA namanya...CINTA ALLAH kepada hambanya... dan dgn sebab itu aku boleh focus pada study... maka bersyukur sangat...

Bila cari2 info, baca n rujuk maka aku bukanlah orang yang rugi. Disini aku selitkan sikit dari ape yg aku baca:

Kenapa ‘COUPLE’ itu haram?

1) Dari : http://drdakwahremaja.wordpress.com

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

2) Dari : http://www.iluvislam.com

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina inikeji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

Further in this site... the writer mentioned:

BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Sekian...